Ciri-ciri stesen Stesen Titiwangsa

Sejarah

Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang dan Sri Petaling) dibuka pada 11 Julai 1998 sebagai sebahagian daripada segmen kedua Laluan STAR dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur. Laluan KL Monorail pula mula berkhidmat di stesen ini pada 31 Ogos 2003.[1] Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada bulan Julai 2022.[2]

Lokasi

Stesen LRT Titiwangsa terletak di sepanjang Jalan Pahang berhampiran Jalan Tun Razak di Pekeliling, Kuala Lumpur dan Stesen Monorel Titiwangsa terletak di atas Jan Tun Razak. Disepanjang barat stesen LRT adalah Sungai Gombak manakala di selatan stesen Monorel adalah Terminal Bas Pekeliling. Juga terletak berhampiran stesen adalah Masjid Bulatan Pahang, tokong Buddha Wat Meh Liew, kuil Dewi Sree Karumariamman, Wisma Koperasi Tentera, Institut Perubatan Respiratori, hotel Vistana Kuala Lumpur, Hospital Veterinar Sentul, Hospital KPJ Sentosa KL, Pejabat Pertubuhan Perubatan Malaysia, Plaza Permata, Kompleks Damai dan Pekeliling Business Centre.

Pelan stesen

L2
Platform LRT
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (PWTC)
Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (PWTC)
AG/SP Arah Utara Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Sentul)
Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sentul)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras Legar LRTMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar Monorel
L1
Platform Monorel
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah
MR Arah Selatan KL Monorail menghala ke  MR1  KL Sentral (Chow Kit)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah
MAras Legar MonorelMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT
GAras TanahPintu masuk/keluar, Hab Bas Pekeliling, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT Titiwangsa dan stesen Monorel Titiwangsa. Stesen LRT Titiwangsa adalah stesen bertingkat di sepanjang Sungai Gombak. Stesen Monorel Titiwangsa pula adalah stesen bertingkat di atas Jalan Tun Perak. Kedua-dua stesen mempunyai tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Titiwangsa. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen.

Stesen LRT Hang Tuah mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar LRT untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen Monorel Hang Tuaah mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Tun Perak untuk perkhidmatan KL Monorail.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 180, 201, 222 dan 254 berkhidmat di stesen ini. Selain itu, stesen ini juga terletak berhampiran hentian bas utama Terminal Pekeliling (270, 302, 402, 852, Merah, Biru, Jingga).